scootgath sabtu-day


26 dan 27 hari bulan telah berlansung scootgath saturday yang berlansung di parking lot mesra mall kerteh tergganu. Ini merupekan event yang pertama yang dianjurkan oleh kerteh vespa club. tapi 1st time pon dieowng telah berjaya mengumpulkan vesparados dari seluruh pantai timur..tahniah di uchapkan kepada kelab bispa kerteh..

karnival agak meriah kerana terdapat beberapa artis tempatan yang telah sudi untuk menghibur para pengunjung dgn lagu2 mereka..walau pun panas terik para supporter ttp kecoh dan huru hara kegembiraan..

bagi pihak kami jantae vespa community..kami telah memulakan perjalanan dari kuantan jm 1900 setelah berkumpul di umah shorty..kami bergerak dgan kekuatan jentera sebanyak 8buah dan di iringi oleh sebiji moto HONDA klassic..
dalam perjalanan untuk ke kerteh..vespa aku telah panchit di betol2 bawah gerbang kmaman..tp mujur ade tayar spare..setelah bebrapa minit kami memulakan perjalanan..moto ain telah jemm..total lost..piston hanchor..tapi kami seme da lepas kat depan yang tau hal nie mase tu hanye shorty

shorty terpakse menunde moto ain kerana tiada pilihan  laen untuk di buat..kami yang tidak mengetahui perkara ini telah selamat sampai di tapak karnival pada jm 2150..sampainye kami di situ baru lah kami tahu yang moto ain telah jemm..

pihak penganjur telah menempah dewan untok kami yang datang dari jaoh untuk berehat..pada malam itu jugak haji rahim telah memulakan sesi jualan arang spare part du kawasan dewan..
ramai jugak yang bergelimpangn di dalam dewan menyebabkan aku takde mood untuk tido impit2..
mujurlah kami ade bawak khemah..so kami beramai2 tido ditapak karnival..

seawal jm 0700 separuh dari vesparados sampai ke tapak karnival..deruman enjin jentere membuat aku terjaga dari katel tar..
sesi pendaftaran bermula seawal jam 0930..
pendaftaran dibahagikan kepada beberapa ketogori..px/ps..super..custom..lambreta..sayang sekali ketogori moto klasic tidak dibuka..
setiap pendaftar akan memperoleh stiker..baju..dan kad..dan dikenekan bayaran sebayak rm15..
disebabkan bajunye agak menarik..jd aku pon gatal la g daftar..nk menang tu mmg jaoh sekali..
dari pihak kami..sebanyak 3 biji moto telah didaftar..seme nk baju je sebenarny..
tapi satu pon tak menang..
tp kami agak bertuah kerana memenagi logo community paling chantek..tp tak dapat boloh community paling kool..(vespa kelantan rembat)..



akhir kata..karnival ini sangt sepurna sifatnye dan berjaya menarik peminat vespa pantai timur..dan diharapkan jadi acara tahunan bagi negeri terengganu..dan klu diizinkan dan ade sedikit rezeki pihak kami juga akan cube untuk menganjurkan acara tahunan ini di kuantan (beach mod party..hahaha)..

ini ade sedikit gambar untuk kamo semua..

 

 




 

No comments:

Post a Comment